SHAH ALAM: Mayat seorang daripada dua nelayan yang disyaki hilang sejak petang semalam di perairan Sungai Besar ditemukan pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Bomba Selangor Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata mangsa ditemukan seorang nelayan pada jarak empat batu nautika dari Jeti D Muara, Sungai Haji Dorani pada pukul 9.35 pagi.
"Mayat mangsa yang dikenal pasti sebagai Kamarudin Che Om, 65, dibawa ke jeti dan telah disahkan oleh keluarga mangsa yang turut berada di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau rakan mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Mohd Noh Wah, 55 tahun.
"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2023
Mangsa ditemukan seorang nelayan pada jarak empat batu nautika dari Jeti D Muara, Sungai Haji Dorani pada pukul 9.35 pagi. -Twitter @bernamadotcom
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Mayat kedua nelayan hilang ditemukan terapung di perairan Sungai Besar
Kedua-dua mayat itu dibawa ke Jeti Pangkalan Nelayan Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam untuk proses pengecaman oleh ahli keluarga mangsa.
Mayat nelayan hilang ditemukan pagi ini, rakan masih hilang
Mangsa ditemukan seorang nelayan pada jarak empat batu nautika dari Jeti D Muara, Sungai Haji Dorani pada pukul 9.35 pagi.
Dua nelayan dipercayai hilang di perairan Sungai Besar
Dua sekawan nelayan termasuk seorang warga emas dipercayai hilang di perairan Sungai Besar, sejak petang tadi.